Sunday, 12 June 2011

Pengenalan: Crystal Red Shrimp


Salam sejahtera...

Crystal Red Shirmp ataupun lebih dikenali dengan nama singkatannya CRS adalah sejenis udang perhiasan yang popular di kalangan peminatnya. Warnanya yang cantik dan body shape yang menarik menjadi perhatian ramai. Spesis ini berjaya ditemui oleh Mr. Hisayasu Suzuki dari Jepun yang mana menjumpai ada di kalangan Bee Shrimp terdapat jalur berwarna merah di badannya. Oleh itu, beliau terus membiakkan CRS dengan Bee Shirmp untuk menghasilkan lebih banyak dan cantik kandungan warna merah pada badan CRS tersebut.

1. Pengenalan
Nama Popular: Crystal Red Shrimp a.k.a CRS
Nama Lain: Red Bee Shrimp
Nama Saintifik: Caridina cf. cantonensis sp. "Crystal Red"
Asal Usul: Mutasi dari Bee Shrimp
Saiz Jantan/Betina: 1" hingga 1.2"
Suhu Air: 23 - 28 °C / 64 - 78 °F
pH Air: pH 6.5 - 7.5
Kadar Mengawan: Tinggi
Sifat: Tidak Agresif
Tahap Kesukaran: Sederhana Susah

Hak milik Silane Shrimp
Agak-agak anda, berapa harga yang sesuai untuk CRS di atas? Biar saya bagitau. Harganya lebih mencecah RM 2000 untuk seekor! Mungkin lebih dari itu...


2. Gred CRS
Ada beberapa klasifikasi yang diberikan oleh peminat-peminat CRS. CRS digredkan kepada beberapa gred. Bermula dari yang paling bawah, Gred C, B, A, S, SS, dan SSS.
Hak milik Planet Inverts
3. Harga
Harga bagi setiap gred adalah berbeza-beza. Berikut merupakan anggaran harga pasaran yang boleh dibeli di Malaysia.
Gred B dan C = RM 1.00
Gred A = RM 3.00 hingga RM 5.00
Gred S = RM 10.00 hingga
Gred SS = RM 20.00 hingga RM 25.00
Gred SSS = RM 40.00 hingga RM 50.00

* Harga untuk setiap seekor sahaja...
* Harga tertakluk pada harga pasaran. Hanya anggaran harga sahaja...

Lain-lain akan dibincangkan pada entri akan datang...

Teka harga? Yang ini murah sikit. Harga dia RM 250 hingga RM 300 seekor! Hehe...